Friday, July 24, 2009

Kursus Taksanomi Lalat Buah at ILPP Serdang (06-09 July 2009)

Gambar kenangan semasa berkursus
Koleksi penemuan Lalat Buah

En. Mokhtar memberikan penerangan
Izy & Kak Yong
Pengumpulan Perangkap Lalat Buah
Pengumpulan perangkap
ceramah oleh Pn Hanani
Sesi pengenalpastian lalat buah
Sesi ceramah
Pada 6 hingga 9 Julai yang lepas saya telah menghadiri Kursus Taksanomi Lalat Buah bersama Pembantu Makmal (Pn. Kapsah) di ILPP Serdang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah, pengumpulan perangkap Lalat Buah di ladang, pengenalpastian spesis lalat buah pada beberapa tanaman dan pembentangan penemuan daripada setiap UPTKT negeri. Pelbagai ilmu dapat ditimba terutama dalam pengenalpastian spesis Lalat Buah yang terdapat di Malaysia. Antaranya spesis yang dikenalpasti ialah Bactrocera umbrosa, B. papayae, B. carambolae dan lain-lain. Terima kasih kepada pihak Unit Entomologi, BPTKT Kuala Lumpur dan En. Mokhtar (Penceramah) yang banyak berkongsi ilmu dengan kami. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan demi kepentingan dan kebaikan para petani.

No comments:

Post a Comment