Thursday, May 13, 2010

Kawalan Ulat Pengorek Batang


Telur Ulat Pengorek Batang


Kesan Serangan Akhir Ulat Pengorek Batang : Kelihatan padi tidak berisi , pada peringkat ini adalah agak terlewat untuk dibuat kawalan


Dewasa Ulat Pengorek Batang Pada Tiang Lampu di Sekitar Sawah


Kepompong (Pupa) Ulat Pengorek Batang di Bawah Bilah Padi


Kesan Mati Rosot Akibat serangan Ulat Pengorek Batang Pada Padi Liar


Ulat Pengorek Batang di Pangkal Tunggul Padi (Jerami)




Pengenalan

Terdapat 3 jenis Ulat Batang yang biasa ditemui di kawasan tanaman padi di Negeri Selangor iaitu Ulat Pengorek Batang Merah Jambu (Sesamia inferens), Ulat Pengorek Batang Kuning (Scirpophaga incertulas) dan Ulat Pengorek Batang Berjalur Kepala Hitam (Chilo polychrysus). Didapati populasi paling tinggi di kawasan sekitar Sawah padi Negeri Selangor adalah Ulat Pengorek Batang Kuning (Scirpophaga incertulas). Kitaran hidup ulat pengorek batang sehingga lengkap satu kitaran adalah mengambil masa hampir dua bulan. Ini adalah bersesuaian dengan keadaan selepas aktiviti penuaian (waktu rehat petani) dan sebaik sahaja penanaman pada musim baru bermula, maka ulat pengorek matang turut mula membiak.




Langkah-Langkah Kawalan Ulat Pengorek Batang

i) Tebas dan bakar secepat mungkin semua tunggul dan jerami padi dengan sempurna selepas menuai.

ii) Sekiranya cuaca lembab racun tunggul jerami dan padi liar dengan racun rumpai seperti Ecomax, Basta atau Spark bagi tujuan pereputan selepas menuai.

iii) Sembur dengan racun rumpai atau tebas rumpai yang tumbuh di batas dan sempadan sawah.

iv) Sekiranya musim hujan bajak dengan sempurna semua sisa tungkul jerami kedalam tanah membunuh pupa dan larva Ulat Pengorek Batang.

v) Penggunaan kadar benih mengikut yang disyorkan Jabatan Pertanian.

vi) Periksa pokok padi serangan ‘mati rosot’ atau ‘bulu ayam’pada bilah padi kurang daripada 3 larva/m².

vii) Jangan guna baja lebih dari yang disyorkan. ( N =170 kg/ha : P= 80 kg/ha : K=150 kg/ha )

viii) Guna racun kimia apabila kerosakan bilah padi dan tangkai buah lebih 3 larva m²pada peringkat 30 HST,55 HST,75 HST.

ix) Jangan guna racun serangga jenis “Pyrethroid” yang ada perkataan “thrin” yang boleh membunuh musuh semulajadi (MSJ).

x) Tabur racun fipronil pada umur padi 30 dan 55 Hari Lepas Tanam.(Lain;Padan 3G, Regent 3G atau Furadan 3G – Jenis Butiran/Granul).

xi) Sembur dengan racun Provethon 5SC, Virtako 40 WG, Regent 50SC, Basudin 60 EC, Mimic 20F pada peringkat padi 30 dan 55 Hari Lepas Tanam.

RACUN SERANGGA ORGANIK






RACUN SERANGGA ORGANIK



-Cara mudah, murah dan selamat

-Mesra alam

-Ramuan : Bawang putih, halia, serbuk cili dan minyak masak

LARUTAN STOK 1

Bahan :
1 liter air
1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh
4-6 ulas bawang putih ditumbuk

Langkah :
Masukkan minyak dan sabun dalam 1 liter air
Masukkan 4-6 ulas bawang ditumbuk dalam larutan tadi
Setelah dikacauTapis  Larutan stok
Penggunaan : 1 bhg larutan stok + 4 bahagian air
(Sembur pada pokok/sayur)

Langkah :
Serangga Jenis Mengunyah :
Campur 2-3 biji cili api/masak (hancurkan)
Campur lada hitam (ditumbuk)

Serangga Jenis Menghisap :
Campur beberapa titis minyak lestari (essential oil)
Campur halia (ditumbuk)
Campur serbuk kunyit
# Untuk penanaman kuantiti sedikit

LARUTAN STOK 2 (EKSTRAK BAWANG)

Kawal Penyakit Reput Antraknos cili/hawar cili

Langkah:
Hancurkan 50g bawang dalam 1 liter air
Tapis dan sembur pada pokok

LARUTAN STOK 3 (CAMPURAN MINYAK KAYU PUTIH -TEA TREE MIXTURE)

Kawal penyakit lecuh

Langkah :
Campur 5 ml minyak kayu putih dalam 10-20 liter air
Penggunaan : Basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching)

LARUTAN STOK 4 (EKSTRAK HALIA)



Kawal penyakit kulapuk (kulat)

Langkah :
Kisar 20 g halia dalam 1 liter air
Tapis dan sembur 3 kali seminggu

LARUTAN STOK 5 (EKSTRAK DAUN NEEM-SEMAMBU)



Kawalan kutu daun, teritip, lalat putih, thrip

Langkah :
Campur 2 kg daun neem yang telah ditumbuk lumat bersama dengan 30 g sabun basuh
Tinggalkan semalaman dan tapis
Setiap 5 liter larutan stok dicampur 15 liter air
Sembur pada pokok

LARUTAN STOK 6 (EKSTRAK BAWANG PUTIH)

Kawalan kutu daun, teritip, lalat putih, thrip

Langkah :
Campur 100 g bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air
Tambah 10 ml minyak masak dan 10 g sabun
Tinggalkan semalaman dan tapiskan
Untuk semburan campuran dengan air dengan nisbah 1:200

Tuesday, May 04, 2010

Latihan SPTP Anjuran IADA Barat Laut Selangor & UPTKT Sg. Burong

Jadual Latihan SPTP Kepada Agen Pengembangan (Pegawai Pertanian, Pen. Pegawai Pertanian, Pembantu Pertanian, Pembantu Makmal, PRA) Di Kawasan Tanaman Padi IADA Barat Laut Selangor Bagi Tahun 2010

Tarikh : 25/02/10
Tempat : COE Sg. Burong & Sekitar Sawah Sg. Burong
Tajuk : Pengenalan dan Kawalan Siput Gondang Pomacea (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari


Tarikh : 11/03/10
Tempat : Pej. Pert. Pt. 1 Sg. Besar & Sekitar Sawah
Tajuk : Kawalan Ulat Pengorek Batang (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong & PLKP Tjg. Karang
Jangkamasa : 1 hari

Tarikh : 25/03/10
Tempat : Pej. Pert. Sawah Sempadan & Sekitar Sawah Sempadan
Tajuk : Teknik Kawalan Padi Angin (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong & MARDI Sg. Sireh
Jangkamasa : 1 hari

Tarikh : 15/04/10
Tempat :COE Sg. Burong
Tajuk : Kawalan Bintik Perang, Karah & Reput Tangkai(Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari

Tarikh : 29/04/10
Tempat : COE Sg. Burong & Sekitar Sawah Sempadan
Tajuk : Kawalan Bena( BPH, WBPH, GLH)(Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari