Thursday, May 13, 2010

Kawalan Ulat Pengorek Batang


Telur Ulat Pengorek Batang


Kesan Serangan Akhir Ulat Pengorek Batang : Kelihatan padi tidak berisi , pada peringkat ini adalah agak terlewat untuk dibuat kawalan


Dewasa Ulat Pengorek Batang Pada Tiang Lampu di Sekitar Sawah


Kepompong (Pupa) Ulat Pengorek Batang di Bawah Bilah Padi


Kesan Mati Rosot Akibat serangan Ulat Pengorek Batang Pada Padi Liar


Ulat Pengorek Batang di Pangkal Tunggul Padi (Jerami)




Pengenalan

Terdapat 3 jenis Ulat Batang yang biasa ditemui di kawasan tanaman padi di Negeri Selangor iaitu Ulat Pengorek Batang Merah Jambu (Sesamia inferens), Ulat Pengorek Batang Kuning (Scirpophaga incertulas) dan Ulat Pengorek Batang Berjalur Kepala Hitam (Chilo polychrysus). Didapati populasi paling tinggi di kawasan sekitar Sawah padi Negeri Selangor adalah Ulat Pengorek Batang Kuning (Scirpophaga incertulas). Kitaran hidup ulat pengorek batang sehingga lengkap satu kitaran adalah mengambil masa hampir dua bulan. Ini adalah bersesuaian dengan keadaan selepas aktiviti penuaian (waktu rehat petani) dan sebaik sahaja penanaman pada musim baru bermula, maka ulat pengorek matang turut mula membiak.




Langkah-Langkah Kawalan Ulat Pengorek Batang

i) Tebas dan bakar secepat mungkin semua tunggul dan jerami padi dengan sempurna selepas menuai.

ii) Sekiranya cuaca lembab racun tunggul jerami dan padi liar dengan racun rumpai seperti Ecomax, Basta atau Spark bagi tujuan pereputan selepas menuai.

iii) Sembur dengan racun rumpai atau tebas rumpai yang tumbuh di batas dan sempadan sawah.

iv) Sekiranya musim hujan bajak dengan sempurna semua sisa tungkul jerami kedalam tanah membunuh pupa dan larva Ulat Pengorek Batang.

v) Penggunaan kadar benih mengikut yang disyorkan Jabatan Pertanian.

vi) Periksa pokok padi serangan ‘mati rosot’ atau ‘bulu ayam’pada bilah padi kurang daripada 3 larva/m².

vii) Jangan guna baja lebih dari yang disyorkan. ( N =170 kg/ha : P= 80 kg/ha : K=150 kg/ha )

viii) Guna racun kimia apabila kerosakan bilah padi dan tangkai buah lebih 3 larva m²pada peringkat 30 HST,55 HST,75 HST.

ix) Jangan guna racun serangga jenis “Pyrethroid” yang ada perkataan “thrin” yang boleh membunuh musuh semulajadi (MSJ).

x) Tabur racun fipronil pada umur padi 30 dan 55 Hari Lepas Tanam.(Lain;Padan 3G, Regent 3G atau Furadan 3G – Jenis Butiran/Granul).

xi) Sembur dengan racun Provethon 5SC, Virtako 40 WG, Regent 50SC, Basudin 60 EC, Mimic 20F pada peringkat padi 30 dan 55 Hari Lepas Tanam.

1 comment:

  1. terima kasih atas artikal ini. sila nyatakan jenis racun dan namanya yang terdapat di pasaran sekarang. saya telah coba racun yang dinyatakan tetapi tidak berkesan. bolehkan racun seperti penghalang tumbesaran (growth regulator digunakan dan contahnya GR tersebut

    ReplyDelete