UNIT PERLINDUNGAN TANAMAN SUNGAI BURONG
Wednesday, April 06, 2011
Program Kawalan Tikus Bersepadu Kawasan Sg Burong 180311
Demo Mengumpan Tikus
Membancuh racun + umpan
Utamakan Keselamatan Semasa Membancuh Racun
Gunakan racun yang berdaftar dan tidak merbahaya kepada manusia & burung pungguk. Elok guna yang bahan aktifnya (a.i) "warfarin"
Perangkap Tikus : Dibekalkan oleh pihak IADA Barat Laut Selangor
Bancuhan Racun Tikus
Racun Tikus + Hampas Padi Berat
Demo Mengumpan Tikus oleh En. Kamaradin (AAO UPTKT Sg. Burong)
Ceramah Oleh En Kamarudin
Kata-Kata Aluan dari Cik Izy ^__^ Me
Tuesday, April 05, 2011
Pemantauan Serangan Tikus & Siput Gondang Di Kawasan Sungai Burong M01/2011
Pn Hamidah : Pembantu Pertanian UPT Kawasan Sg Burong
Me Cik Izy : AO UPT Sg. Burong
Pemantauan Sawah Padi
Lubang Tikus di Sekitar Sawah
Hapuskan lubang Tikus ni...
Serangan Siput Gondang
Serangan Siput Gondang
Serangan Siput Gondang
Serangan Siput Gondang
Serangan Tikus : Kesan Padi Dipotong
Serangan Tikus
Serangan Tikus
Serangan Tikus
Thursday, January 27, 2011
LAWATAN PAKAR KE TKPM SG PANJANG (26 NOVEMBER 2010)
Thursday, May 13, 2010
Kawalan Ulat Pengorek Batang
Telur Ulat Pengorek Batang
Kesan Serangan Akhir Ulat Pengorek Batang : Kelihatan padi tidak berisi , pada peringkat ini adalah agak terlewat untuk dibuat kawalan
Dewasa Ulat Pengorek Batang Pada Tiang Lampu di Sekitar Sawah
Kepompong (Pupa) Ulat Pengorek Batang di Bawah Bilah Padi
Kesan Mati Rosot Akibat serangan Ulat Pengorek Batang Pada Padi Liar
Ulat Pengorek Batang di Pangkal Tunggul Padi (Jerami)
Pengenalan
Terdapat 3 jenis Ulat Batang yang biasa ditemui di kawasan tanaman padi di Negeri Selangor iaitu Ulat Pengorek Batang Merah Jambu (Sesamia inferens), Ulat Pengorek Batang Kuning (Scirpophaga incertulas) dan Ulat Pengorek Batang Berjalur Kepala Hitam (Chilo polychrysus). Didapati populasi paling tinggi di kawasan sekitar Sawah padi Negeri Selangor adalah Ulat Pengorek Batang Kuning (Scirpophaga incertulas). Kitaran hidup ulat pengorek batang sehingga lengkap satu kitaran adalah mengambil masa hampir dua bulan. Ini adalah bersesuaian dengan keadaan selepas aktiviti penuaian (waktu rehat petani) dan sebaik sahaja penanaman pada musim baru bermula, maka ulat pengorek matang turut mula membiak.
Langkah-Langkah Kawalan Ulat Pengorek Batang
i) Tebas dan bakar secepat mungkin semua tunggul dan jerami padi dengan sempurna selepas menuai.
ii) Sekiranya cuaca lembab racun tunggul jerami dan padi liar dengan racun rumpai seperti Ecomax, Basta atau Spark bagi tujuan pereputan selepas menuai.
iii) Sembur dengan racun rumpai atau tebas rumpai yang tumbuh di batas dan sempadan sawah.
iv) Sekiranya musim hujan bajak dengan sempurna semua sisa tungkul jerami kedalam tanah membunuh pupa dan larva Ulat Pengorek Batang.
v) Penggunaan kadar benih mengikut yang disyorkan Jabatan Pertanian.
vi) Periksa pokok padi serangan ‘mati rosot’ atau ‘bulu ayam’pada bilah padi kurang daripada 3 larva/m².
vii) Jangan guna baja lebih dari yang disyorkan. ( N =170 kg/ha : P= 80 kg/ha : K=150 kg/ha )
viii) Guna racun kimia apabila kerosakan bilah padi dan tangkai buah lebih 3 larva m²pada peringkat 30 HST,55 HST,75 HST.
ix) Jangan guna racun serangga jenis “Pyrethroid” yang ada perkataan “thrin” yang boleh membunuh musuh semulajadi (MSJ).
x) Tabur racun fipronil pada umur padi 30 dan 55 Hari Lepas Tanam.(Lain;Padan 3G, Regent 3G atau Furadan 3G – Jenis Butiran/Granul).
xi) Sembur dengan racun Provethon 5SC, Virtako 40 WG, Regent 50SC, Basudin 60 EC, Mimic 20F pada peringkat padi 30 dan 55 Hari Lepas Tanam.
RACUN SERANGGA ORGANIK
RACUN SERANGGA ORGANIK
-Cara mudah, murah dan selamat
-Mesra alam
-Ramuan : Bawang putih, halia, serbuk cili dan minyak masak
LARUTAN STOK 1
Bahan :
1 liter air
1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh
4-6 ulas bawang putih ditumbuk
Langkah :
Masukkan minyak dan sabun dalam 1 liter air
Masukkan 4-6 ulas bawang ditumbuk dalam larutan tadi
Setelah dikacauTapis Larutan stok
Penggunaan : 1 bhg larutan stok + 4 bahagian air
(Sembur pada pokok/sayur)
Langkah :
Serangga Jenis Mengunyah :
Campur 2-3 biji cili api/masak (hancurkan)
Campur lada hitam (ditumbuk)
Serangga Jenis Menghisap :
Campur beberapa titis minyak lestari (essential oil)
Campur halia (ditumbuk)
Campur serbuk kunyit
# Untuk penanaman kuantiti sedikit
LARUTAN STOK 2 (EKSTRAK BAWANG)
Kawal Penyakit Reput Antraknos cili/hawar cili
Langkah:
Hancurkan 50g bawang dalam 1 liter air
Tapis dan sembur pada pokok
LARUTAN STOK 3 (CAMPURAN MINYAK KAYU PUTIH -TEA TREE MIXTURE)
Kawal penyakit lecuh
Langkah :
Campur 5 ml minyak kayu putih dalam 10-20 liter air
Penggunaan : Basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching)
LARUTAN STOK 4 (EKSTRAK HALIA)
Kawal penyakit kulapuk (kulat)
Langkah :
Kisar 20 g halia dalam 1 liter air
Tapis dan sembur 3 kali seminggu
LARUTAN STOK 5 (EKSTRAK DAUN NEEM-SEMAMBU)
Kawalan kutu daun, teritip, lalat putih, thrip
Langkah :
Campur 2 kg daun neem yang telah ditumbuk lumat bersama dengan 30 g sabun basuh
Tinggalkan semalaman dan tapis
Setiap 5 liter larutan stok dicampur 15 liter air
Sembur pada pokok
LARUTAN STOK 6 (EKSTRAK BAWANG PUTIH)
Kawalan kutu daun, teritip, lalat putih, thrip
Langkah :
Campur 100 g bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air
Tambah 10 ml minyak masak dan 10 g sabun
Tinggalkan semalaman dan tapiskan
Untuk semburan campuran dengan air dengan nisbah 1:200
Tuesday, May 04, 2010
Latihan SPTP Anjuran IADA Barat Laut Selangor & UPTKT Sg. Burong
Jadual Latihan SPTP Kepada Agen Pengembangan (Pegawai Pertanian, Pen. Pegawai Pertanian, Pembantu Pertanian, Pembantu Makmal, PRA) Di Kawasan Tanaman Padi IADA Barat Laut Selangor Bagi Tahun 2010
Tarikh : 25/02/10
Tempat : COE Sg. Burong & Sekitar Sawah Sg. Burong
Tajuk : Pengenalan dan Kawalan Siput Gondang Pomacea (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 11/03/10
Tempat : Pej. Pert. Pt. 1 Sg. Besar & Sekitar Sawah
Tajuk : Kawalan Ulat Pengorek Batang (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong & PLKP Tjg. Karang
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 25/03/10
Tempat : Pej. Pert. Sawah Sempadan & Sekitar Sawah Sempadan
Tajuk : Teknik Kawalan Padi Angin (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong & MARDI Sg. Sireh
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 15/04/10
Tempat :COE Sg. Burong
Tajuk : Kawalan Bintik Perang, Karah & Reput Tangkai(Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 29/04/10
Tempat : COE Sg. Burong & Sekitar Sawah Sempadan
Tajuk : Kawalan Bena( BPH, WBPH, GLH)(Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 25/02/10
Tempat : COE Sg. Burong & Sekitar Sawah Sg. Burong
Tajuk : Pengenalan dan Kawalan Siput Gondang Pomacea (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 11/03/10
Tempat : Pej. Pert. Pt. 1 Sg. Besar & Sekitar Sawah
Tajuk : Kawalan Ulat Pengorek Batang (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong & PLKP Tjg. Karang
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 25/03/10
Tempat : Pej. Pert. Sawah Sempadan & Sekitar Sawah Sempadan
Tajuk : Teknik Kawalan Padi Angin (Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong & MARDI Sg. Sireh
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 15/04/10
Tempat :COE Sg. Burong
Tajuk : Kawalan Bintik Perang, Karah & Reput Tangkai(Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari
Tarikh : 29/04/10
Tempat : COE Sg. Burong & Sekitar Sawah Sempadan
Tajuk : Kawalan Bena( BPH, WBPH, GLH)(Ceramah & Hand-On)
Anjuran : IADA PBLS & UPTKT Sg. Burong
Jangkamasa : 1 hari
Thursday, March 11, 2010
SPTP Siput Gondang Pomacea Pada 25/02/2010 di COE Sg. Burong dan Sekitar Sawah Sg. Burong
SPTP Pengenalan dan Kawalan Siput Gondang Pomacea (SGP) telah diadakan pada 25 Feb 2010 bertempat di COE, Sg. Burong. SPTP ini melibatkan aktiviti ceramah, latihan Hand-On dan pembentangan kumpulan. SPTP ini dianjurkan oleh pihak Komponen Pertanian IADA Barat Laut Selangor dengan kerjasama Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Sg. Burong (UPTKT SB). Peserta adalah terdiri daripada Pegawai Pertanian, Penolong Peg. Pertanian dan Pembantu Pertanian bagi tanaman padi sekitar kawasan IADA Barat Laut Selangor.SPTP ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Adalah menjadi harapan pihak kami agar dengan pelaksanaan program SPTP ini dapat membantu memantapkan pengetahuan semua agen pengembangan amnya di kawasan IADA Barat Laut Selangor. Berikut adalah gambar sekitar program SPTP ini berlangsung :-
Gambar Telur SGP
SGP pada umpan pelepah kelapa
SGP pada umpan buah sukun
SGP pada umpan kangkung
Siput Gondang Pomacea insularum
Memijak SGP n Telur
Mengutip telur SGP
Memasang Kayu Pancang
Posing kejap sambil memusnahkan Telur SGP..:)
Banyak tangkapan SGP..Kumpul dan Musnah
Sempat posing time hand-on dijalankan..tgh kutip siput
mengumpan SGP dengan pucuk ubi
mengumpan SGP dengan kulit cempedak
Mengumpan SGP dengan kangkung, kulit cempedak dan pelepah kelapa
Hand-On
tengah kutip bahan utk siapkan tugasan (kitaran hidup SGP)
perbincangan semasa hand-on di sawah..
dapatkan maklumat dari fasilitator anda ok
antara SGP yang ditemui di sawah
tengah kumpul siput
Sesi Ceramah oleh AO UPTKT SB...Saya lah tu...:)
Sesi UJI Minda..sajer try test pengetahuan agen2 sblm ceramah detail..masing2 sibuk mencari jawapan
Cik Izy..tengah menanya soalan..:)
Kusyuk masing2 mendengar ceramah
PN Ruby (AO PBLS)..Aluan dr penganjur...:)
Gambar Telur SGP
SGP pada umpan pelepah kelapa
SGP pada umpan buah sukun
SGP pada umpan kangkung
Siput Gondang Pomacea insularum
Memijak SGP n Telur
Mengutip telur SGP
Memasang Kayu Pancang
Posing kejap sambil memusnahkan Telur SGP..:)
Banyak tangkapan SGP..Kumpul dan Musnah
Sempat posing time hand-on dijalankan..tgh kutip siput
mengumpan SGP dengan pucuk ubi
mengumpan SGP dengan kulit cempedak
Mengumpan SGP dengan kangkung, kulit cempedak dan pelepah kelapa
Hand-On
tengah kutip bahan utk siapkan tugasan (kitaran hidup SGP)
perbincangan semasa hand-on di sawah..
dapatkan maklumat dari fasilitator anda ok
antara SGP yang ditemui di sawah
tengah kumpul siput
Sesi Ceramah oleh AO UPTKT SB...Saya lah tu...:)
Sesi UJI Minda..sajer try test pengetahuan agen2 sblm ceramah detail..masing2 sibuk mencari jawapan
Cik Izy..tengah menanya soalan..:)
Kusyuk masing2 mendengar ceramah
PN Ruby (AO PBLS)..Aluan dr penganjur...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)