Thursday, July 23, 2009

Sunday, June 07, 2009

Kitar Semula Bekas Racun Perosak


Kitar Semula Bekas Racun Perosak.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Oleh itu, dalam kita melaksanakan aktiviti pertanian aspek kebersihan alam sekitar tidak seharusnya diabaikan. Setiap pegawai pertanian seharusnya menerapkan kepada petani agar menjaga kebersihan di sawah-sawah dan ladang mereka. Oleh yang demikian, Program kitar semula bekas racun perosak haruslah ditekankan kepada semua para petani dalam mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar. Ini adalah penting dari aspek kesihatan pesawah mahupun petani agar mereka dapat melaksanakan kerja-kerja pertanian sebaik mungkin. Pembuangan bekas-bekas racun di merata tempat bukan sahaja mencemar alam sekitar, malahan secara tidak langsung akan mengganggu ekologi kehidupan di dalam aliran parit atau sungai.Kesihatan para petani terutamanya juga boleh terancam kerana terdedah dengan bahan kimia akibat sisa baki racun makhluk perosak di buang di merata tempat. Semoga kesedaran terhadap program ini dapat mempertingkatkan budaya petani kita dalam mencapai Wawasan Pertanian yang lestari...Sama-salah kita menjaga persekitaran kita.....Berhati-hati dengan penggunaan racun perosak tiruan....Pastikan anda menggunakan pakaian keselamatan yang lengkap semasa aktiviti meracun dilaksanakan....

Friday, May 22, 2009

Gambar Serangan Moko Disease Dan Fusarium Di Teluk Gong, Klang

Sesi khidmat nasihat kakitangan UPTKT Selangor bersama petani
Tanda pada pelepah yang diserang
Aktiviti pemantauan ladang sedang dijalankan
Kelihatan batang berwarna hitam keperangan apabila dibelah
Batang pisang yang mulai basah dan berbau
Kesan pada batang pisang, kelihatan berair dan berbau
'Ooze test' dijalankan bagi mengesahkan serangan disebabkan bakteria. Kelihatan aliran cecair (warna seperti susu) menuruni pelepah yang dijangkiti penyakit moko disease apabila dimasukkan di dalam air
Pelepah dan batang pokok pisang kelihatan basah dan berair
Daun menunjukkan nekrotik, layu dan mati
Daun dan pelepah mulai layu dan mati

Penyakit Layu Fusarium Pisang Atau Panama Disease





'Moko Disease' atau Penyakit Layu Bakteria Pisang