Thursday, June 11, 2009
Sunday, June 07, 2009
Kitar Semula Bekas Racun Perosak
Kitar Semula Bekas Racun Perosak.
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Oleh itu, dalam kita melaksanakan aktiviti pertanian aspek kebersihan alam sekitar tidak seharusnya diabaikan. Setiap pegawai pertanian seharusnya menerapkan kepada petani agar menjaga kebersihan di sawah-sawah dan ladang mereka. Oleh yang demikian, Program kitar semula bekas racun perosak haruslah ditekankan kepada semua para petani dalam mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar. Ini adalah penting dari aspek kesihatan pesawah mahupun petani agar mereka dapat melaksanakan kerja-kerja pertanian sebaik mungkin. Pembuangan bekas-bekas racun di merata tempat bukan sahaja mencemar alam sekitar, malahan secara tidak langsung akan mengganggu ekologi kehidupan di dalam aliran parit atau sungai.Kesihatan para petani terutamanya juga boleh terancam kerana terdedah dengan bahan kimia akibat sisa baki racun makhluk perosak di buang di merata tempat. Semoga kesedaran terhadap program ini dapat mempertingkatkan budaya petani kita dalam mencapai Wawasan Pertanian yang lestari...Sama-salah kita menjaga persekitaran kita.....Berhati-hati dengan penggunaan racun perosak tiruan....Pastikan anda menggunakan pakaian keselamatan yang lengkap semasa aktiviti meracun dilaksanakan....
Thursday, June 04, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)